Pas Terengganu tiada bantahan sekiranya Pilihan Raya Negeri, PRN, diadakan lebih awal sebagaimana saranan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.<br /><br />Menurut Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Terengganu, Ariffin Deraman ia berikutan momentum dan sokongan selepas Perikatan Nasional raih kemenangan besar pada PRU, ke-15 bulan lalu.
